Friday, March 20, 2009

KAMI MENJADI PELARIAN PERANG

Dis 1962: Saya tidak tahu berapa ramai yang bersembunyi di Sulap Labu, Pelait, Telugus dan Labik-Labik. Yang pasti kehidupan kami sebagai Perlarian Perang sudah bermula. Sungai Mulam (Kampung Sulap Labu), destinasi terakhir, menjadi sesak menerima kedatangan perahu-perahu yang beranika saiz.

Kami menuju kesebuah rumah yang terletak 100 meter dari pengkalan. Keadaan yang mulanya sunyi-sepi dengan serta merta menjadi hingar-bingar mengalahkan bunyi Tangil Hutan dan anak-anak ayam Liau Asid.

Sementara sebahagian pelarian mulai mendirikan khemah-khemah disekililing rumah Liau Asid, ada sebahagian yang menggali perigi, mengambil kayu api dan memasak. Pada hakikatnya konsep muhibbah dan gotong royong secara otomatis menjadi amalan. Bagi kanak-kanak seperti kami, kemeriahan seperti ini memang dinanti-nantikan. Kami berlari larian dari satu aktivi ke satu aktiviti dan paling kami minati ialah aktiviti menggali perigi. "Budak-budak jangan dekat' sergah orang tua dan menampakkan sedikit risau.

Jika diimbas kembali 20 tahun dahulu, kesusahan begini bukanlah kali pertama mereka alami, malah lebih dahsyat. Ada yang diseksa terutama jika engkar mengikut arahan tentera Jepun.

Kepayahan sebagai pelarian sudah bermula semasa menyusuri sungai kecil dengan bermacam dugaan. Ada yang nyaris karam, ada yang sakit demam. Ada yang terlupa anak dan sebagainya. Dalam perjalanan selama dua jam, kami bukan hanya takut kepada likopta tetapi juga ular Bangkita.

Pada malam pertama, boleh dikatakan tiada seorang dewasa yang mahu tidur atas sebab yang tersendiri. Saya juga tidak dapat melelapkan mata kerana terganggu oleh cerita-cerita menarik yang diceritakan sesama orang dewasa.

Dalam saya pura-pura tidur, saya memasang telingga mengenai satu cerita di zaman Jepun yang melibatkan seorang daripada orang kitani. Ringkas ceritanya begini: Untuk menyara hidup, ramai orang kita bekerja dengan tentera Jepun seperti menjaga stor, polis bantuan atau transportasi barang. Dalam apa jua jenis kerja, pada tiap-tiap pagi sebelum memulakan kerja, mereka diarahkan berkawat dan menyanyikan lagu tentera Jepun sebagai tanda taat setia. Semasa perbarisan sedang rancak, seorang daripada orang kitani dengan tidak sengaja ‘terkeluar angin’ dengan bunyi yang boleh didengar. Pada kebiasaan perkara begini akan mendapat hukuman setimpal tetapi kali ini pembesar Jepun itu tidak boleh menahan ketawa beliau.

“Hait... Koniciwa......”

0 comments:

Post a Comment

ABU SYIFA'

PUNANG.com