Monday, March 16, 2009

SHOWCASE LIKOPTA PERTAMA

“Apakan tuuu !!!” Tanya Saban sambil mendonggak ke langit ke arah bunyi injin. Bunyi itu berbeza dari injin Seagull yang biasa kami dengar. “Mana ada injin sigal di langit” sambungku naïf.

“Najay... Saban!! Likopta Jipon datang… masuk kamu ke rumah… mati kamu karang kana bom..!” teriak mullah nenek Esah dalam loghat local. Masih segar difikiran Nenek kepayahan 20 tahun yang lalu semasa pemerintahan tentera Jepun.

Kami tinggalkan duit kulit timung dan terus berlari ke dalam rumah masing- menunggu di mana bom akan digugurkan. Dalam benakku berfikir, seandainya Jepon melihat aku dan Saban berlari tadi, maka pasti Jepon akan mengebom kamu dulu. Kalau aku mati kena bom, sayang usin kulit timongku atu!

Kampung yang selalunya sunyi sepi tiba-tiba menjadi gegak gempita disebabkan kedatangan sebuah helicopter kira-kira pukul 10.00 pagi. Semua kaum ibu berteriakan memanggil anak masing-masing seolah-olah perang akan bermula.

Sebaik injin helikopta dimatikan, keadan kampong kembali senyap malah hening sekali. Kami tidak disuruh keluar malah pintu rumah ditutup rapat sementara menunggu kedatangan kaum lelaki kembaili dari mengambor di lawa-lawa.

Pada pukul 2 petang kami menerima berita dari mulut ke mulut bahwa sebuah likopta kerajaan runduk di padang sekolah untuk meneruskan pembaikan. Dan sesiapa yang berminat boleh pergi melihat dengan dekat.

Mendengar berita baik itu aku dan Sabanpun, bergegas menuju ke Sekolah. “Saban!! tukar seluar... pakai baju daulu..!!” Laungan mulah mamanya tidak diendahkan dan terus berlari-madam dengan seluar yang hancing. Berbeza dengan budak sekarang, walaupun kami masih berumor lingkungan 5 tahun, kami cekap, berani dan berdikari, lebih-lebih lagi ingin melihat ‘garuda’ besi.

Sebaik sampai di perkarangan sekolah, seperti puluhan yang lain kamipun menghampiri Likopta yang berwarna hijau tua dan kami lihat dinding besinya dimuncungnya terbuka dan menampakkan wayar.

Tahun 1963 inilah pertama kali kami melihat dengan dekat dan menyentuh ‘besi yang terabang’ bernama helicopter, walaupun kami pernah tengok mesin ini berterbangan dan menggugurkan risalah semasa pemberontakan pada tahun 1962.

Sebelum ini Likopta tersebut telah mendarat kecemasan di Sungai Bangat di ladang padi akibat mengalami sedikit kerosakan. Di sebabkan oleh tunggul liau Wahab, muncung hadapan mengalami sedikit kerosakan.

Dan disebabkan iannya sesuatu happening yang unik, maka cerita menghampiri dan menyentuh likopta menjadi pengalaman yang paling manis bagi kami sekampung dan cerita ini berpanjangan berbulan-bulan. Malah ada yang lebih pandai menceritakan tentang wayar ini dan wayar itu.

0 comments:

Post a Comment

ABU SYIFA'

PUNANG.com