Monday, March 16, 2009

TERTINGGAL ANAK DI KUYUTAN

Kepada sesetengah orang tua kitani, bunyi likopta sungguh mengerunkan kerana bunyi itu mengingatkan kepada perperang dan pemerintahan Jepun pada 1941 - 1945. Stigma kepayahan perang masih menebal walaupun 20 tahun telah berlalu.

Pada mulanya penduduk kampung menerima khabar pemberontakan di negara jiran sebagai perkara kecil berbanding apa yang telah dialami. Mereka meneruskan hidup harian sebagai nelayan. Setelah ramai soldadu datang ke kampung untuk mencari pemberontak 'Azahari', keadaan sedikit tegang. Sebagai kanak-kanak kami tidak mengerti apa ini semua dan menganggap kedatangan ‘sibaju hijau’ sebagai satu yang baru dan mengembirakan.

Seminggu kemudian penduduk kampung mulai panik setelah mendapat berita seorang penduduk kampung ditangkap dan dipenjara kerana didapati membawa senapang patah. Dikhabarkan oleh tua Dollah, beliau ditangkap tatkala sedang berehat di kebunnya di Pangi. Memikirkan keadaan mungkin runcing, maka Penduduk Punang terus panik dan tekad untuk meninggalkan kampong. Dalam mesyuarat tergempar penduduk diarahkan bersembunyi samada Sulap Labu-Mulam, Pelait atau mana-mana tempat yang terpencil. Kerana Pelait sangat jauh dan terpaksa menyusuri pantai, Mulam adalah pilihan ramai. Tetapi ada juga yang pergi ke Telugus dan Labik-Labik.

Secara otomatik orang lelaki membuat persediaan transportasi dan para isteri sibok dengan barang barang penting di rumah. Ada yang terjun sehelai sepinggang semacam rumah kebakaran. Bagi kami kanak-kanak, suasana kesibukan begini adalah seperti pesta yang jarang-jarang berlaku.

Sebaik sampai sungai Sibaha tiba-tiba kedengeran suara panik: "Mana si alai?!!. Semua panik dan berhenti mendayung. "Pusing babalik!" teriak tua Dollah.

Setiba di rumah, saudara Zaini, yang pada ketika itu berumur belum sampai setahun masih nyenyak tidur didalam kuyutan. Walaubagaimanpun, perjalanan bersembunyi ke Mulam harus diteruskan.

0 comments:

Post a Comment

ABU SYIFA'

PUNANG.com