Sunday, March 15, 2009

KEJATUHAN KOTA LIMBANG

Mengikut cerita yang saya dengar dari orang tua-tua kitani, pemberontakan berlaku apabila sebilangan kecil penduduk kitani tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Sarawak bergabung dengan Sabah, Singapura dan Malaya bagi menubuhkan Malaysia. Pada masa itu Sarawak masih dalam jajahan British dan berbenderakan Union Jack dan pakej penubuhan negara Malaysia sudah dipersetujui oleh Kerajaan British.

Pengunaan perkataan 'pemberontak' diambil dari kaca mata kerajaan masa itu dan mereka dianggap 'pejuang' dari kacamata yang berlainan. Sebilangan mengatakan, mereka ini pandai sepak-terajang politik.

Ketua mereka ialah A.H. Azahari dari Brunei, dan ideology mereka condong kearah pergabungan dengan Brunei dan Indonesia. Lagipun mereka anggap Bahagian Limbang adalah sebahagian daripada negara Brunei. Tidak diketahui berapa ramai pengikut mereka, tetapi mereka berjaya menawan Limbang pada 9 Disember 1962. Tiga hari kemudian, Limbang ditawan semula dengan bantuan Komando British dari Kompeni 40.

Tersebarnya berita kacaubilau ditambah dengan penangkapan rambang oleh askar kerajaan, penduduk kampung disekitar Lawas dan Limbang tekad meningalkan kampung masing-masing dan bersembunyi di tempat yang lebih terpencil.

Ketua Polis Lawas, Bujang Bah dan Ketua Polis Limbang, Latip Basah adalah orang yang paling sibuk ketika itu. Keadaan tegang membuatkan mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Berbeza dengan Pegawai Daerah Lawas, yang sekarang bergelar Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohamad Nor, beliau lebih banyak menjadi 'Mejistret' dan menjatuhkan hukuman kepada 'pemberontak'

Dalam keadaan begini banyak kejahatan dan kesusahan dilalui oleh penduduk disekitar Limbang-Lawas. Seseorang boleh dipenjara hanya kerana tuduhan yang tidak berasas. Contohnya seseorang yang mempunyai senapang patah boleh difitnah sebagai pemberontak dan disumbat ke dalam penjara. Seseorang bapa yang tidak berdosa juga boleh dipenjara jika seorang daripada anaknya didapati ahli 'kumpulan Azahari'. Ini yang dinamakan perperangan. Perperangan tidak mengenal siapa dan tiada simpati.

Setelah Bandar Limbang diambil semula, Komando British dengan bantuan askar tempatan, Field Force masih melakukan rondaan dari kampung ke kampung untuk mencari saki-baki yang mungkin kembali aktif.

0 comments:

Post a Comment

ABU SYIFA'

PUNANG.com